SEJARAH PENUBUHAN

Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) dibangunkan dengan kos sebanyak RM1.2 Juta di atas sebidang tanah seluas 3.5 ekar di Lot 1120, Mukim Bukit Katil yang diwakafkan oleh Puan Wan Hajah Che Mah binti Hitam kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Melaka (LKPI) dengan tujuan untuk membangunkan sebuah rumah anak yatim. Kompleks ini adalah milik LKPI, manakala pentadbiran dan operasi kompleks ini dijalankan oleh Majlis Agama Islam Melaka. KAYFAZ ini mula beroperasi pada Disember 2004 dan ia telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 16 Mac 2006. Pada masa ini, KAYFAZ menempatkan sejumlah 85 orang pelajar dari kalangan anak-anak yatim dan miskin Negeri Melaka.








0 comments: